Konsert Tahun Baharu Cina (TBC) bertema Laluan Sutera Maritim diadakan di Canberra sempena Pesta Budaya Majmuk Australia pada 16 hingga 18 Februari lalu.
Konsert diserikan dengan kehadiran Duta Besar China dan pegawai kerajaan tempatan serta lebih 10 ribu penonton.
Pesta Budaya Majmuk, aktiviti seumpama paling besar di Australia dan paling digemari penduduk Canberra, menjadi platform bagi merancakkan pertukaran kebudayaan antara pelbagai negara dan bangsa.
Pesta tahun ini menarik kedatangan beratus-ratus ribu warga tempatan dan pelancong, yang diberi kesempatan mendekati budaya dan menghayati suasana meriah TBC.
Pameran budaya TBC melibatkan barang-barang hiasan, buku bergambar dan cenderamata turut diadakan serentak.