Kapal penyelidik kelas pemecah ais, Xuelong tiba di pelabuhan Lyttelton, Christchurch, New Zealand pagi semalam untuk mengisi bekalan terakhir bagi misi ke-34 ke Kutub Selatan.
Ini juga kali kedua Xuelong singgah di New Zealand.
Selain mengisi minyak, air, makanan dan keperluan lain, lebih 50 anggota pasukan ekspedisi akan pulang ke China, digantikan dengan 30 anggota baharu.
Beberapa aktiviti interaksi akan diadakan antara pasukan ekspedisi China dengan agensi Antartika New Zealand, termasuk hari terbuka kapal Xuelong.
104 hari sudah berlalu sejak Xuelong berlepas dari Shanghai pada 8 November tahun lepas.
Selepas persinggahan di New Zealand, Xuelong akan melintasi zon angin baratan untuk misi terakhir, iaitu mengkaji persekitaran marin di Amundsen sebelum pulang pada bulan April.