Parlimen Maldives meluluskan perintah darurat di seluruh negara dipanjangkan selama 30 hari, dalam mesyuarat khas malam semalam.
Mesyuarat tersebut dihadiri 40 daripada 85 ahli Parlimen, 38 bersetuju tempoh darurat dilanjutkan.
Keputusan itu dibuat sehari selepas Presiden Abdulla Yameen mendakwa ancaman terhadap keselamatan negara belum reda dan krisis perlembagaan belum selesai.