Data Jabatan Pentadbiran Pelancongan Negara China (CNTA) menunjukkan, jumlah pelancong di seluruh negara sepanjang cuti Tahun Baharu Cina (TBC) mencatat 386 juta, meningkat 12.1% berbanding tempoh sama tahun lalu.
Pendapatan sektor pelancongan pula berjumlah RMB475 bilion (RM293 bilion), bertambah 12.6%.
Pakej melancong bertema penginapan desa serta ais dan salji amat digemari rakyat China.
Antaranya, hampir 50% pelancong memandu sendiri, menjadikannya pilihan popular.
68 negara dan wilayah turut menjadi tumpuan pelancong China dalam tempoh cuti TBC, dengan Asia Tenggara mencatat kedatangan warga China paling ramai.