Cari:
Versi Akhir TPP Diumumkan
2018-02-22 13:58:08 CRI Cetak

Versi akhir perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP)diumumkan semalam, menandakan selangkah lagi ke arah pemuktamadannya, meskipun tanpa penglibatan Amerika Syarikat (AS).

Versi perjanjian komprehensif dan progresif untuk TPP menyasarkan pengurangan halangan perdagangan sesama anggota, yang merupakan entiti paling pesat pertumbuhan ekonomi di Asia Pasifik.

Lebih 20 peruntukan asal telah digantung atau dipinda dalam versi akhir, termasuk peraturan berkaitan hak harta intelek yang dimaktubkan atas permintaan Washington.

Walaupun Australia dan New Zealand mengalu-alukan versi tersebut, namun terdapat juga yang berpendapat TPP kurang lengkap tanpa AS.

Baki 11 anggota iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam, dijangka memeterai versi tersebut di Chile pada 8 Mac.

TPP dengan 11 anggotanya merangkumi skala ekonomi berjumlah USD10 trilion (RM39.1 trilion), 13.5% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global. Dengan penglibatan AS, kadar itu akan melonjak kepada 40%.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China