Jumlah jualan runcit dan katering seluruh China dalam tempoh cuti umum Tahun Baharu Cina (TBC) 15 hingga 21 Februari lalu mencatat kira-kira RMB926 bilion (RM569.79 bilion), bertambah 10% berbanding tempoh sama tahun lalu.
Anggaran Kementerian Perdagangan menunjukkan, jumlah pelancong di seluruh negara dalam tempoh tersebut mencecah 386 juta, naik lebih 10%.
Selain itu, perbelanjaan bagi produk hiburan termasuk taman hiburan meningkat hampir 50%, manakala bagi produk budaya seperti filem naik hampir 60%.