Cari:
Unsur China di Olimpik Pyeongchang
2018-02-23 14:06:55 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Unsur-unsur China kelihatan di serata tempat di venue Sukan Olimpik Musim Sejuk ke-23 yang berlangsung di Pyeongchang, Korea Selatan pada 9 hingga 25 Februari ini.

Pelbagai lapisan masyarakat China khususnya syarikat proaktif memberi sokongan berupa tajaan di bawah program Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

Sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC), sebuah restoran mi China di perkampungan atlet Gangneung yang dihias merah, menyediakan 30 jenis hidangan secara percuma kepada atlet dan orang ramai.

Gergasi e-dagang China, Alibaba, rakan kongsi Olimpik Pyeongchang, membuka ruang khas di seberang Arena Ais Gangneung untuk membolehkan para pengunjung mencuba teknologi realiti maya (VR).

Orang ramai menanti-nantikan persembahan lapan minit untuk mempromosi Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 Beijing yang bakal dipertontonkan dalam majlis penutup temasya ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China