Cari:
China Gesa Penyelesaian Isu Syria Dipercepat
2018-02-23 11:46:55 CRI Cetak

Majlis Keselamatan PBB (UNSC) memanggil mesyuarat tergempar mengenai isu Syria semalam, atas permintaan Rusia.

Wakil Tetap China ke PBB, Ma Zhaoxu dalam mesyuarat itu menyeru masyarakat antarabangsa menyokong isu Syria diselesaikan melalui saluran politik di bawah pengantaraan PBB seawal mungkin untuk membaiki situasi kemanusiaan.

Kata Ma, China bersimpati atas kesengsaraan dialami rakyat Syria dan mengecam keganasan. Penyelesaian politik merupakan satu-satunya jalan keluar bagi isu Syria.

Beliau menambah bahawa situasi kemanusiaan berkait rapat dengan seluruh proses damai Syria. Sebarang langkah yang diambil hendaklah membantu membaiki situasi kemanusiaan, menggalakkan gencatan senjata dan penyelesaian secara politik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China