Cari:
Perancis, Jerman Mahu Kerjasama dengan Rusia dalam Isu Syria
2018-02-26 13:20:55 CRI Cetak

Perancis dan Jerman bersedia bekerjasama dengan Rusia untuk menggalakkan proses damai Syria.

Pejabat Presiden Perancis dalam satu kenyataan semalam memaklumkan bahawa Presiden Emmanuel Macron dan Canselor Jerman, Angela Merkel telah berbincang mengenai perkara tersebut dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin melalui telefon.

Butiran selanjutnya akan dibincangkan semasa lawatan Menteri Luar Perancis, Jean-Yves Le Drian ke Moscow esok.

Kenyataan itu juga menyebut bahawa ketiga-tiga pemimpin menyokong resolusi 2401 Majlis Keselamatan PBB (UNSC) yang diluluskan pada 24 Februari lalu, yang meminta gencatan senjata sekurang-kurangnya 30 hari tanpa putus dikuatkuasakan di seluruh Syria.

Macron dan Merkel turut menyeru agar resolusi berkenaan dilaksanakan sepenuhnya oleh semua pihak yang terlibat.

Menurut resolusi tersebut, selepas konflik reda, pihak-pihak berkenaan harus menjamin keselamatan kenderaan bantuan kemanusiaan PBB dan rakan kerjasamanya, agar bekalan dapat dihantar kepada rakyat Syria terutamanya di tempat yang terputus dengan dunia luar.

Gencatan senjata tersebut bagaimanapun tidak meliputi operasi ketenteraan untuk membanteras pertubuhan pengganas seperti Negara Islam (IS) dan al-Qaeda.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China