Cari:
Britain Nafi Serta EUCU Selepas Brexit
2018-02-27 11:07:13 CRI Cetak

Britain tidak akan menyertai Kesatuan Kastam Kesatuan Eropah (EUCU) selepas keluar daripada blok itu (Brexit), maklum jurucakap Perdana Menteri Britain semalam.

Ini bermakna pendirian negara itu untuk mengundurkan diri daripada kesatuan berkenaan serta pasaran bersama Eropah tidak berubah.

Kata jurucakap itu, Britain berharap dapat menandatangani perjanjian perdagangan dengan entiti ekonomi lain secara bebas selepas Brexit.

Pada Jun 2016, Britain menyatakan akan menarik diri daripada EUCU selepas keputusan Brexit dicapai melalui referendum.

Menurut satu dokumen yang dikeluarkan tahun lalu, sebuah kesatuan kastam sementara melibatkan Britain dan EU akan ditubuhkan untuk memastikan ehwal duti kastam berjalan lancar semasa tempoh peralihan Brexit.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China