Cari:
DPRK, Korea Selatan Diharap Kekalkan Dialog, Kerjasama
2018-02-27 14:47:05 CRI Cetak

Seluruh dunia mahu melihat Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) dan Korea Selatan sekali lagi mengadakan pertemuan semula keluarga yang terpisah.

Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam satu sidang media semalam menyatakan bahawa China berharap kedua-dua negara itu dapat memanfaatkan momentum baik pada masa ini untuk mengekalkan dialog dan kerjasama.

Sebelum ini, Naib Pengerusi Jawatankuasa Pusat Parti Pekerja Korea (WPK) DPRK, Kim Yeong-cheol dijangka berbincang tentang agenda pertemuan semula tersebut dengan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in, semasa menghadiri majlis penutup Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang.

Mengulas hal itu, Lu Kang berkata, sebagai jiran dekat, China sentiasa menyokong kedua-dua pihak di Semenanjung Korea membaiki hubungan melalui dialog dan mendorong usaha perdamaian dengan tindakan praktikal.

China berharap usaha terus dilakukan untuk meredakan situasi, demi kedamaian dan kestabilan semenanjung itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China