Cari:
B&R Bawa Peluang Besar kepada Jerman
2018-02-27 14:48:30 CRI Cetak

Inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) yang dikemukakan oleh China membawa peluang besar kepada syarikat Jerman.

Demikian dapatan bersama Jabatan Perdagangan Luar dan Pelaburan Persekutuan Jerman serta Dewan Perniagaan Jerman dalam laporan mengenai projek pelaburan berskala besar China yang diterbitkan semalam.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Dewan Perniagaan Jerman, Volker Treier menyatakan bahawa di bawah inisiatif B&R, pembukaan laluan pengangkutan baharu antara China dengan Eropah bukan sahaja memudahkan perdagangan China-Jerman, bahkan meluaskan pasaran bagi Jerman dan membawa peluang baharu kepada negara itu.

Pengurus Besar Jabatan Perdagangan Luar dan Pelaburan Persekutuan Jerman, Jurgen Friedrich pula berkata, B&R membawa banyak peluang kepada syarikat pembangun prasarana, sumber tenaga, pengeluar jentera, serta pereka bentuk dan pembekal khidmat konsultasi.

Kerjasama yang memanfaatkan teknologi syarikat Jerman dan modal syarikat China amat berpotensi.

Menurut laporan tersebut, inisiatif B&R merupakan penggerak penting bagi proses globalisasi pada masa depan. Syarikat Jerman harus merebut peluang dibawa B&R untuk menjalin kerjasama menang-menang dengan syarikat China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China