Cari:
Huawei, ZTE Lancar Produk Baharu di Barcelona
2018-02-27 14:46:19 CRI Cetak

Syarikat Huawei dan ZTE China telah memperkenalkan produk terbaharu masing-masing dalam sidang akhbar di Barcelona, Sepanyol pada 25 Februari lalu, menjelang Kongres Mudah Alih Dunia (WMC) yang berlangsung pada 26 Februari hingga 1 Mac.

Antara produk yang diperkenalkan termasuk komputer bimbit, cip 5G dan telefon pintar.

Pada hari yang sama, Huawei telah melancarkan model komputer bimbit ultra ringan yang dilengkapi skrin sentuh berukuran 13.9 inci.

ZTE pula telah melancarkan model terkini telefon pintar siri BladeV9.

WMC yang diadakan kali pertama di Madrid pada tahun 1995, adalah platform penting bagi industri telekomunikasi mudah alih dunia. Kini WMC diadakan di Barcelona setiap tahun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China