Cari:
Pindaan Kandungan Perlembagaan Tumpuan Media Asing
2018-02-28 13:28:48 CRI Cetak

Cadangan Jawatankuasa Pusat ke-19 Parti Komunis China (PKC) untuk meminda sebahagian kandungan perlembagaan negara ini menjadi tumpuan media asing. Mereka menganggap cadangan ini penting bagi PKC untuk meningkatkan keupayaan mentadbir parti dan negara.

 Lapor Reuters, cadangan pindaan itu menetapkan bahawa segala urusan negara perlu dilaksanakan menurut undang-undang yang berasaskan perlembagaan. Tindakan akan diambil untuk meningkatkan pemantauan secara berkesan, bagi memastikan keluhuran perlembagaan terjamin.

Agensi Berita TASS Rusia pula melaporkan, pindaan berkenaan bertujuan untuk menyatukan seluruh parti dan rakyat demi kemakmuran negara. Komitmen untuk terus menempuh jalan sosialis bercirikan China pada era baharu turut ditegaskan semula. Selain mencerminkan trend perkembangan situasi domestik dan antarabangsa, cadangan itu turut menekankan pentingnya mengekalkan kestabilan politik dan keharmonian masyarakat berasaskan undang-undang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China