China menunjukkan pertumbuhan pesat dalam sektor ekonomi perkongsian, dengan jumlah transaksi terlibat mencecah RMB4.92 trillion (RM3 trilion) pada tahun lalu, naik 47.2% berbanding tahun sebelumnya.
Antaranya, transaksi dalam sektor bukan kewangan mencatat hampir RMB2.1 trillion (RM1.3 trilion) sementara pembiayaan berjumlah RMB216 bilion (RM134 bilion), masing-masing meningkat 66.8% dan 25.7%.
Dapatan tersebut diterbitkan dalam laporan bersama Pusat Penyelidikan Ekonomi Perkongsian Pejabat Informasi China dan Suruhanjaya Kerja Ekonomi Perkongsian Persatuan Internet China semalam.
Laporan itu menilai positif sumbangan ekonomi perkongsian kepada situasi pekerjaan. Pada tahun lalu, sebanyak 70 juta orang terlibat dalam sektor ekonomi perkongsian di seluruh China, bertambah 10 juta berbanding tahun sebelumnya.
Anggaran 7.16 juta pekerja digaji oleh syarikat sektor berkenaan, iaitu pertambahan sebanyak 1.31 juta berbanding dahulu. Ekonomi perkongsian turut mencipta 9.7% peluang kerja baharu pada tahun yang sama.
Laporan tersebut menjangka bahawa dalam tempoh lima tahun akan datang, sektor ekonomi perkongsian China akan mengekalkan pertumbuhan tahunan pada kadar 30%. Pertanian, pendidikan, perubatan dan penjagaan orang tua antara penjana baharu sektor berkenaan.