Cari:
Fed Akan Terus Naikkan Kadar Faedah
2018-02-28 14:36:22 CRI Cetak

Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan beransur-ansur menaikkan kadar faedah untuk membantu pasaran pekerjaan dan mengekalkan kestabilan harga barangan.

Demikian maklum Pengerusi Fed, Jerome Powell dalam taklimat dasar kewangan di Dewan Perwakilan AS semalam.

Powell berkata, pertumbuhan ekonomi yang berterusan dan pasaran pekerjaan yang bertambah baik menyumbang kepada peningkatan pendapatan dan penggunaan rakyat tempatan. Dalam pada itu, kadar inflasi di negara itu dijangka turut meningkat ekoran pertumbuhan yang pesat.

Kata Powell, dasar fiskal AS yang makin aktif merangsang ekonomi, sementara permintaan luar yang kukuh merancakkan eksport.

Penilaian Fed terhadap prospek pertumbuhan ekonomi, pasaran kerja dan inflasi tidak berubah, meskipun pasaran saham mengalami turun naik mendadak kebelakangan ini.

Tambah beliau, Fed yakin peningkatan kadar faedah secara beransur-ansur akan membawa manfaat.

Berhubung hal ini, penganalisis pasaran berpandangan bahawa Fed tidak akan menaikkan kadar faedah secara mendadak dalam masa terdekat ini disebabkan pertimbangan mengenai dasar rangsangan kewangan seperti potongan cukai.

Fed dijangka akan menaikkan kadar faedah sebanyak tiga kali tahun ini. Kemungkinan ini akan dibangkitkan dalam mesyuarat dasar kewangan pada bulan depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China