China berharap dialog antara Amerika Syarikat (AS) dengan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) dapat diadakan dengan seawal mungkin.
Baru-baru ini, DPRK telah menunjukkan hasrat untuk berdialog dengan AS. Hasrat ini dibalas dengan kesediaan serupa oleh Presiden AS, Donald Trump dalam satu kenyataan kelmarin.
Mengulas hal itu, jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang semalam berkata, situasi di Semenanjung Korea makin reda kebelakangan ini.
China berharap momentum positif ini dapat diteruskan. Hubungan antara AS dengan DPRK serta faktor keselamatan dilihat sebagai kunci bagi menyelesaikan isu nuklear Semenanjung Korea.
Kata beliau, seluruh dunia termasuk China mahu melihat AS dan DRRK duduk berdialog seawal mungkin, hingga mencapai hasil sebenar.