Cari:
Ashraf Ghani: Rundingan dengan Taliban Tiada Prasyarat
2018-03-01 14:03:01 CRI Cetak

Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani menyatakan bahawa pihaknya bersedia berunding dengan kumpulan militan Taliban tanpa prasyarat.

Semasa menghadiri pusingan kedua rundingan "Proses Kabul" semalam, Ghani memaklumkan bahawa kerajaan telah mengemukakan pelbagai cadangan seperti gencatan senjata, mengiktiraf Taliban sebagai parti politik, serta mengadakan pilihan raya secara bebas dan adil.

Kata beliau, satu perjanjian damai sedang diusahakan.

Kerajaan juga sedang membincangkan pemindaan perlembagaan, serta rancangan membebaskan tahanan dari Taliban, mengeluarkan nama pemimpin kumpulan itu daripada senarai sekatan antarabangsa dan menubuhkan pejabat kerja bagi pertubuhan itu di Kabul.

Ghani menambah, puak-puak Taliban yang berkait dengan kumpulan pengganas tidak akan diterima oleh kerajaan. Beliau turut menyeru puak-puak tersebut melepaskan senjata dan menyertai proses damai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China