Hampir 30 wakil Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan anggota Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) dari Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, menaiki kereta api berkelajuan tinggi (HSR) dari Shenzhen ke Beijing untuk menyertai sidang pertama NPC ke-13 dan mesyuarat pertama Jawatankuasa Kebangsaan ke-13 CPPCC.
HSR bukan sahaja mod pengangkutan yang menghubungkan Hong Kong dengan Tanah Besar secara efisien, malah juga saluran bagi menggalakkan interaksi budaya antara kedua-dua pihak, bahkan merangsang pertumbuhan ekonomi Hong Kong.