Cari:
26 Atlet China Sertai Paralimpik Pyeongchang
2018-03-01 13:24:40 CRI Cetak

Sebanyak 26 atlet kelainan upaya dari China layak menyertai Sukan Paralimpik Musim Sejuk ke-12 yang bakal diadakan di Pyeongchang, Korea Selatan pada 9 hingga 18 Mac akan datang.

Jumlah ini paling tinggi bagi skuad paralimpik China dalam sejarah.

Ketua Setiausaha skuad paralimpik China, Zhao Sujing dalam satu kenyataan semalam memaklumkan bahawa atlet China akan bertanding dalam 30 acara dalam lima kategori, antaranya termasuk ski alpine, snowboard, ski rentas desa, biathlon dan curling kerusi roda.

Atlet China akan bertanding untuk kali pertama dalam acara ski alpine, snowboard dan biathlon di Pyeongchang. 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China