Cari:
4 Maut Serangan Bom di Pakistan
2018-03-01 13:25:28 CRI Cetak

Satu serangan bom nekad berlaku di bandar Quetta, ibu provinsi Balochistan, barat daya Pakistan malam semalam, mengakibatkan 4 anggota pasukan keselamatan terbunuh dan 6 lagi cedera.

Lapor media tempatan, serangan menyasarkan sebuah kem pasukan keselamatan yang terletak di pinggir bandar tersebut. Bunyi tembak-menembak turut kedengaran.

Sejurus selepas berlaku letupan, anggota penyelamat berkejar ke lokasi dan pasukan keselamatan menutup tempat kejadian untuk memudahkan misi memburu dan menangkap penyerang terbabit.

Mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital untuk dirawat, namun angka korban kemungkinan terus meningkat.

Pada awal hari yang sama, dua penembak yang tidak dikenali telah menyerang konvoi seorang pegawai kanan polis Quetta, mengakibatkan dua anggota polis maut.

Tehrik-e-Taliban Pakistan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China