Cari:
Ranking Jurusan Universiti Dunia QS 2018
2018-03-01 14:54:04 CRI Cetak

Sebanyak 104 universiti China yang menawarkan 807 jurusan disenaraikan dalam 500 yang terbaik di dunia. Demikian keputusan Ranking Jurusan Universiti 2018 yang diterbitkan oleh syarikat pendidikan QS semalam.

Antara universiti China yang tersenarai, 74 adalah di Tanah Besar, 9 di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, 19 di Taiwan, dan 2 lagi di Wilayah Pentadbiran Khas Macau.

Ranking itu yang kelapan kali diterbitkan QS, meliputi 48 bidang pengajian, melibatkan lebih kurang 1,100 universiti dari 151 negara.

Penilaian dijalankan secara komprehensif sepanjang tempoh enam tahun lalu oleh sarjana dan majikan yang berkenaan terhadap 22 juta penulisan akademik dan 200 juta petikan dalam pangkalan data abstrak Scopus.

Universiti Tsinghua di Tanah Besar China unggul dalam pengajian berkaitan kejuruteraan dan sains, manakala Universiti Peking menunjukkan prestasi baik dalam bahasa moden dan linguistik.

Dalam ranking universiti yang menawarkan 50 jurusan terbaik, 17 universiti di Tanah Besar China tersenarai dengan 88 jurusan.

Pengarah pejabat QS China, Dr. Zhang Yan berkata, kemajuan ketara dilihat hasil pembaharuan terhadap sektor pendidikan tinggi setelah dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan di China 40 tahun lalu.

Dalam tempoh dua tahun selepas China mengintensifkan pembangunan universiti dan jurusan kelas pertama dunia, bilangan universiti yang menawarkan 50 jurusan terbaik bertambah ketara.

Dalam pada itu, dapatan QS menunjukkan prestasi AS merosot pada umumnya. Bagaimanapun, Universiti Harvard kekal di kedudukan teratas dengan 14 jurusan yang ditawarkan, manakala Institut Teknologi Massachusetts (MIT) cemerlang dalam 12 jurusan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China