Cari:
Jumlah Syarikat Baharu di China Meningkat
2018-03-01 14:26:50 CRI Cetak

Menurut Jabatan Pentadbiran Industri dan Perdagangan China (SAIC) hari ini, rata-rata 16.6 ribu buah syarikat baharu didaftarkan di negara ini setiap hari pada tahun lepas.

Hal ini hasil langkah kerajaan meluaskan akses pasaran dengan melonggarkan syarat bagi penubuhan syarikat baharu.

Bagaimanapun, SAIC memaklumkan bahawa masih terdapat halangan dalam keusahawanan terutamanya dari segi pelaburan.

Jumlah syarikat di China yang mempunyai lebih seribu pekerja masih kurang jika dibandingkan dengan negara-negara maju. Wujud juga ketidakseimbangan antara tempat-tempat berlainan.

Untuk itu, kerajaan akan terus melaksanakan pembaharuan terhadap sistem akses pasaran, memperbaiki mekanisme penyeliaan pasaran, menyokong pembangunan syarikat kecil dan mikro, di samping mengoptimumkan suasana perniagaan.

Menurut Bank Dunia (WB), kedudukan China dalam ranking suasana perniagaan global pada tahun 2017 melonjak 18 anak tangga berbanding tahun 2013.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China