Cari:
Proses Damai Palestin-Israel Perlu Kembali Ke Landasan Betul
2018-03-02 14:31:46 CRI Cetak

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menyeru masyarakat antarabangsa menggalakkan proses damai Palestin-Israel yang telah lama tergendala kembali ke landasan betul.

Beliau membuat seruan itu di Ramallah, Tebing Barat malam semalam.

Dalam upacara perasmian sidang Jawatankuasa Revolusi Pergerakan Pembebasan Kebangsaan Palestin (Fatah) pada hari yang sama, Abbas menggesa masyarakat antarabangsa menyokong isu Palestin-Israel diselesaikan secara tuntas berdasarkan pelan penyelesaian dua negara.

Katanya, Palestin komited terhadap proses damai, dan menanti-nantikan masyarakat antarabangsa membuat sumbangan baharu untuk membantu proses itu kembali ke landasan yang betul.

Palestin bagaimanapun menolak sebarang rancangan yang akan menjejaskan kepentingan rakyatnya.

Abbas turut menegaskan bahawa pihaknya sentiasa berpegang kepada penubuhan negara Palestin yang merdeka berdasarkan garis sempadan ditetapkan pada 1967, dengan ibu kota di Baitulmuqaddis Timur.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China