Cari:
Parlimen Iraq Gesa Tetapkan Jadual Pengunduran Tentera Asing
2018-03-02 14:35:56 CRI Cetak

Parlimen Iraq menggesa kerajaan menetapkan jadual waktu tentang pengunduran tentera asing dari negara itu.

Dalam pengumuman semalam, Parlimen Iraq menyatakan satu resolusi telah diluluskan melalui pengundian oleh anggotanya.

Selain menghargai bantuan negara-negara asing, resolusi berkenaan turut menggesa kerajaan menetapkan jadual waktu tentang pengunduran tentera asing dari tanah Iraq berikutan kejayaan dalam perang membanteras kumpulan militan Negara Islam (IS).

Menurut perjanjian penempatan tentera yang dicapai antara Iraq dengan Amerika Syarikat (AS) pada 2008, tentera AS di Iraq harus berundur sebelum penghujung tahun 2011, dan hanya sebahagian kecil askar akan terus bertugas di kedutaannya.

Bagaimanapun, setelah IS menawan sebahagian besar kawasan barat dan utara Iraq pada 2014, AS mula menambah kehadiran tenteranya di negara itu.

Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi pada Disember lalu mengumumkan bahawa tentera kerajaan telah menawan semula semua kawasan yang diduduki IS.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China