Cari:
Jerome Powell: Ekonomi AS Tidak Meruap
2018-03-02 11:36:17 CRI Cetak

Ekonomi Amerika Syarikat (AS) tidak meruap, manakala langkah Rizab Persekutuan (Fed) menaikkan kadar faedah pada masa depan adalah munasabah.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Fed, Jerome Powell ketika menghadiri sidang pendengaran Jawatankuasa Perbankan Senat semalam.

Menurutnya, pasaran pekerjaan AS masih lembap. Kadar pengambilan kerja bagi golongan berumur dalam lingkungan 25 hingga 54 tahun kekal rendah berbanding masa sebelum krisis kewangan.

Kata Powell, situasi pekerjaan yang semakin baik tidak akan mengakibatkan inflasi naik mendadak.

Tambah beliau, pihaknya akan terus menaikkan kadar faedah untuk merangsang inflasi kembali ke paras yang disasarkan sambil mengelakkan ekonomi meruap.

Menurut unjuran pasaran, Fed akan menaikkan kadar faedah sebanyak empat kali pada tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China