Cari:
Anggota CPPCC tiba di Beijing
2018-03-02 14:21:14 CRI Cetak

(Anggota Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC dari provinsi Henan tiba di Beijing dengan menaiki kereta api laju.)

Anggota Jawatankuasa Kebangsaan ke-13 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) dari seluruh negara tiba di Beijing untuk menyertai mesyuarat pertama esok.

Anggota dari provinsi Fujian tiba di Beijing petang semalam menaiki penerbangan Xiamen Airlines MF8107, disusuli anggota dari bandar Tianjin yang tiba pada lewat petang dengan menaiki kereta api laju.

(Anggota Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC dari provinsi Shaanxi tiba di Beijing. )

Dalam tempoh beberapa hari akan datang, lebih kurang 2,100 anggota Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC akan bermesyuarat bagi membahaskan pelbagai usul untuk mewujudkan "Impian China" pada era baharu ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China