Cari:
China Laksana Dasar Visa Baharu untuk Profesional
2018-03-02 14:38:28 CRI Cetak

China melaksanakan dasar visa baharu bagi tenaga profesional asing di seluruh negara bermula semalam, sebagai sebahagian langkah untuk menarik kepakaran dari serata dunia dengan lebih mudah.

Menurut Jabatan Pentadbiran Hal Ehwal Pakar Asing (SAFEA) China, golongan yang akan diberi keutamaan dalam pengurusan visa termasuk tenaga profesional dalam bidang sains dan teknologi canggih, keusahawanan, serta pekerja berkemahiran khas yang diperlukan dalam pembangunan sosioekonomi China.

Dasar baharu tersebut telahpun diperkenalkan di beberapa bandar dan provinsi termasuk Beijing, Shanghai, Tianjin dan Guangdong pada 1 Januari lalu.

Langkah itu mendapat sambutan baik daripada tenaga profesional asing dan syarikat di seluruh China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China