Cari:
China Destinasi Pelaburan Menarik
2018-03-02 14:40:33 CRI Cetak

Kertas putih Dewan Perniagaan Amerika Syarikat (AmCham) Selatan China tentang suasana perniagaan pada tahun ini menunjukkan bahawa China tetap destinasi yang menarik pelabur antarabangsa.

Bandar Guangzhou paling digemari pelabur, diikuti Shenzhen, Shanghai dan Beijing.

Kertas putih itu turut menganggarkan sumbangan syarikat modal asing terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China sebanyak 33%, manakala bagi kadar pengambilan kerja, 27%.

Selepas meninjau 244 buah syarikat, AmCham merumuskan bahawa pasaran yang berpotensi menjadikan China berdaya tarikan.

53.3% syarikat yang ditinjau meletakkan China sebagai pilihan pertama dalam strategi pelaburan global. Kira-kira 70% syarikat berpendapat bahawa kadar keuntungan hasil pelaburan di China lebih tinggi berbanding tempat lain.

Kira-kira 90% syarikat asing yang melabur di China sudah memperoleh keuntungan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China