Sidang pertama Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-13 akan diadakan di Beijing pada 5 hingga 20 Mac nanti, iaitu selama 15 setengah hari. Sidang tahun ini merupakan sidang dengan tempoh yang paling lama dan agenda paling banyak dalam tahun-tahun kebelakangan ini.
Zhang Yesui, jurucackap sidang itu membertahu wartawan, terdapat 10 agenda dalam sidang kali ini, termasuk membahaskan laporan kerja kerajaan, memeriksa laporan rancangan dan laproan belanjawan, membahaskan draf pindaan perlembagaan dan draf Undang-undang Penyeliaan, membahaskan laporan kerja oleh Jawatankusa Tetap NPC, laporan kerja Mahkamah Rakyat Tertinggi dan laporan kerja Jabatan Pendakwa Raya Rakyat Tertinggi, membahaskan pelan pembaharuan pelbagai jabatan Dewan Negara. Selain itu, sidang ini akan memilih dan melantik pegawai pelbagai jabatan kerajaan.
Menurut taklimat, 14 sidang media akan diadakan sempena sidang tahunan NPC kali ini. Ia meliputi topik-topik hangat termasuk pindaan perlembagaan, penggubalan undang-undang oleh NPC dan masalah dalam pembangunan sosioekonomi.