Cari:
DPRK Tolak Prasyarat  Dialog dengan AS
2018-03-04 16:19:39 CRI Cetak

Menurut jurucakap Kementerian Luar Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), walaupun negara itu menunjukkan kesediaan untuk berdialog dengan Amerika Syarikat (AS), namun pihaknya tidak akan menerima apa saja prasyarat yang ditetapkan oleh AS.

Katanya, AS baru-baru ini menyatakan "Dialog tidak akan diadakan jika syaratnya belum dipenuhi" dan "AS akan terus memerhati sama ada DPRK sanggup melepaskan senjata nuklear dan peluru berpandu". Ini dianggap prasyarat bagi dialog kedua-dua negara.

Menurutnya, DPRK bersedia berdialog dengan AS berasaskan kehendak rakyat serantau dan masyarakat antarabangsa untuk mewujudkan kedamaian di Semenanjung Korea. Walau bagaimanapun, pihaknya tidak akan meminta-minta dialog dengan AS dan tidak takut akan opsyen operasi ketenteraan. Situasi Semenanjung Korea terpulang kepada sikap AS.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China