Sidang pertama Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-13 akan dirasmikan di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada pagi esok.
Perdana Menteri China, Li Keqiang akan membentangkan laporan kerja kerajaan. Keadaan pelaksanaan rancangan ekonomi nasional dan kemajuan masyarakat tahun 2017 dan laporan mengenai perancangan ekonomoi nasionl dan kemajuan sosial tahun 2018 oleh Dewan Negara akan disemak dalam sidang ini. Selain itu, keadaan pelaksanaan belanjawan pusat dan pelbagai tempat di China pada tahun 2017 dan draf belanjawan 2018 turut akan disemak. Jawatankusa Tetap NPC akan membuat tafsiran tentang rang pindaan perlembagaan.
Pelbagai delegasi akan mengadakan sidang pleno untuk membahaskan laporan kerja kerajaan petang esok.
Radio Pusat China (CNR), Televisyen Pusat China (CCTV), Radio Antarabangsa China (CRI) dan Jaringan Televisyen Global China (CGTN) akan membuat laporan langsung tengang perasmian sidang ini.