Cari:
Sidang Tahunan NPC dan CPPCC Menarik Perhatian Antarabangsa
2018-03-04 15:25:34 CRI Cetak

Sidang pertama Jawatankuasa Kebangsaan Ke-13 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) telah dirasmikan petang semalam. Sidang pertama Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) Ke-13 bakal dirasmikan esok. Kedua-dua sidang tahunan itu dianggap amat penting bagi negara ini dan menarik perhatian tinggi oleh media pelbagai negara.

Agendi Berita Rusia menyiarkan rencana yang menyebut, pembaharuan China telah memasuki pusingan baharu. China akan mengalami beberapa perubahan yang besar.

Agensi Berita Mexico dalam ulasannya berkata, tibanya masa yang penting bagi politik China apabila kedua-dua sidang tahunan ini dirasmikan. China akan merancang pelan pembangunan pada masa akan datang serta menetapkan langkah konkrit untuk mencapai matlamat tersebut.

CNN Amerika Syarikat (AS) memetik kenyataan sarjana Britain yang menyatakan, China akan mengambil pelbagai tindakan untuk memperkasakan usaha antikeganasan termasuk menggubal Undang-Undang Penyeliaan. Ini akan membawa pengaruh yang mendalam terhadap China.

The Wall Street Journal AS melaporkan, rancangan pembaharuan jabatan kerajaan China yang bakal dibincangkan dalam kedua-dua sidang kali ini menarik perhatian pelbagai negara.

Reuters Britain mengulas bahawa menjamin kestabilan ekonomi dan mencegah risiko kewangan merupakan fokus dalam kedua-dua sidang kali ini.

Agensi Berita Kyodo Jepun menyatakan, pihaknya memberikan perhatian terhadap rancangan pembaharuan yang bakal diadakan dalam bidang ekonomi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China