Cari:
China Rangka Pelan Kerja Era Baharu
2018-03-05 13:54:48 CRI Cetak

Sidang pertama Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China ke-13 dirasmikan di Beijing pagi tadi.

Perdana Menteri, Li Keqiang mewakili Dewan Negara membentangkan laporan kerja kerajaan sepanjang lima tahun lalu dan rancangan kerja tahun ini untuk dibahaskan.

Ketika mengimbas kerja kerajaan sepanjang lima tahun lalu, Li menyatakan bahawa kekuatan ekonomi China melonjak ke tahap baharu. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bertambah daripada RMB54 trilion (RM33 trilion)kepada RMB82.7 trilion (RM51 trilion), sementara China menyumbang lebih 30% kepada pertumbuhan ekonomi global.

Jaringan kereta api berkelajuan tinggi (HSR), e-dagang, e-bayar dan ekonomi berkongsi memberi impak besar terhadap dunia.

Lebih 68 juta penduduk keluar daripada belenggu kemiskinan, menurunkan kadar kemiskinan daripada 10.2% kepada 3.1%.

Persekitaran ekologi beransur-ansur dibaiki, hari-hari yang mencatat pencemaran teruk di bandar-bandar besar dikurangkan separuh.

Laporan kerja kerajaan turut memperkenalkan Pelan Induk Pembangunan Sosioekonomi untuk tahun ini.

Sasaran utamanya ialah: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat kira-kira 6.5%; nisbah penganggur berdaftar di bandar dan pekan dikawal di bawah 4.5%.

Berbeza dengan dahulu, nisbah penganggur yang ditinjau di bandar dan pekan disasarkan di bawah 5.5%, meliputi pekerja migran dan pemastautin, bagi mencerminkan keperluan pembangunan berkongsi.

Laporan itu menegaskan perlunya terus melaksanakan dasar fiskal proaktif dan dasar kewangan berhemat.

Antara cadangan kerja kerajaan tahun ini yang dikemukakan dalam laporan tersebut, termasuk mengintensifkan pembaharuan struktur pembekalan; mempercepat pembangunan negara yang berorientasikan inovasi; dan memperincikan pembaharuan dalam bidang-bidang utama.

Selain itu, menjayakan kempen pencegahan risiko kewangan, pembasmian kemiskinan dan pengawalan pencemaran; memperkasakan pelaksanaan strategi pembangunan kawasan luar bandar dan pembangunan terselaras; merangsang penggunaan dan pelaburan; meningkatkan tahap keterbukaan secara komprehensif; serta menambah baik kesejahteraan rakyat.

Menurut Li, pada era baharu ini, kerja kerajaan hendaklah menunjukkan prestasi lebih baik dan membawa kemajuan baharu.

Usaha akan diperhebat untuk menggalakkan pentadbiran berdasarkan perlembagaan dan undang-undang secara menyeluruh; mengetatkan disiplin parti dan meningkatkan pentadbiran yang bersih dan jujur secara menyeluruh; serta meningkatkan keefisienan dan kemampuan kerajaan secara menyeluruh.

Hampir 3,000 wakil NPC telah mendengar penjelasan mengenai draf pindaan perlembagaan dalam sidang tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China