Cari:
Sasaran Pembangunan China Tahun Ini
2018-03-05 11:15:08 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang membentangkan sasaran pembangunan negara tahun ini dalam laporan kerja kerajaan pada sidang pertama Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-13 hari ini.

China menyasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat kira-kira 6.5%, manakala Indeks Harga Pengguna (IHP) pada kadar kira-kira 3%.

Pendapatan rakyat meningkat seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara.

Lebih 11 juta peluang pekerjaan baharu dicipta di bandar dan pekan, bagi mengawal kadar pengangguran di bawah 5.5% dan nisbah penganggur berdaftar di bawah 4.5%.

Import dan eksport berkembang dengan stabil dan semakin baik, sementara imbangan pembayaran antarabangsa kian optimum.

Penggunaan sumber tenaga bagi seunit KDNK menurun lebih 3%, dan pelepasan bahan pencemar utama terus berkurang.

Pembaharuan struktur pembekalan mencapai kemajuan besar, nisbah leveraj makro kekal stabil, dan pelbagai risiko dicegah dan dikawal dengan berkesan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China