Pameran berlian, permata dan mutiara antarabangsa ke-5 diadakan di Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Hong Kong pada 27 Februari hingga 3 Mac lalu. Sebanyak 1,970 syarikat dari 40 negara dan kawasan mempamerkan produk masing-masing pada pameran kali ini.
Angka tersebut membaharui rekod pameran berkenaan. Ini menunjukkan Hong Kong tetap menjadi platform penting bagi sektor perdagangan barang kemas di dunia.