Cari:
Pengaruh BRICS Makin Besar
2018-03-06 11:11:30 CRI Cetak

Mekanisme kerjasama BRICS membawa pengaruh semakin besar di arena antarabangsa.

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov semalam berkata sidang kemuncak, mesyuarat peringkat menteri serta forum melibatkan bidang sains, teknologi, kebudayaan dan sukan di bawah mekanisme tersebut turut menjadi tumpuan dunia.

Keputusan dicapai BRICS memberi impak yang menjangkaui platform politik dan ekonomi lain, sekali gus menggalakkan pembentukan sistem multipolar yang lebih adil dan demokratik.

BRICS telah menjadi teladan kerjasama multilateral dalam hal ehwal antarabangsa.

Afrika Selatan merupakan pengerusi bergilir BRICS tahun ini.

Lavrov menyatakan masalah dan cabaran yang dihadapi benua Afrika akan menjadi tumpuan BRICS, sementara Bank Pembangunan Baharu (NDB) akan menyediakan peluang baharu bagi mempererat dialog dengan Afrika.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China