Sasaran pertumbuhan ekonomi 6.5% yang ditetapkan dalam laporan kerja kerajaan China mencerminkan aspirasi negara ini mengejar pembangunan berkualiti.
Demikian dinyatakan oleh Huang Shouhong, Pengarah Pejabat Penyelidikan Dewan Negara yang mengetuai kumpulan penyusun laporan tersebut, di Beijing semalam.
Laporan itu menyebut, China menyasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat kira-kira 6.5%, manakala Indeks Harga Pengguna (IHP) pada kadar kira-kira 3%. Lebih 11 juta peluang pekerjaan baharu dicipta di bandar dan pekan, nisbah leveraj makro kekal stabil, dan pelbagai risiko dicegah dan dikawal dengan berkesan.
Menurut Huang, pembangunan ekonomi China telah beralih daripada fasa pertumbuhan pesat kepada pertumbuhan berkualiti. Operasi ekonomi kekal pada julat yang munasabah. China perlu terus memperincikan pembaharuan dan pengubahsuaian struktur ekonomi, serta mencegah dan menangani risiko.