Matlamat kerajaan China bagi mewujudkan pertumbuhan ekonomi pada kadar kira-kira 6.5% mampu dicapai.
Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC), He Lifeng dalam taklimat media persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) hari ini.
Kata beliau, penggunaan domestik dijangka terus berkembang dengan stabil pada tahun ini, didorong perkembangan industri baru muncul dan perkhidmatan moden. Sumbangan penggunaan terhadap pertumbuhan ekonomi dijangka melebihi 60%.
Sementara itu, langkah-langkah akan dilaksanakan untuk menggalakkan pelaburan dalam ekonomi sebenar. Sumbangan kegiatan pelaburan dijangka kekal pada kadar kira-kira sepertiga.
Perdagangan luar pula diramalkan terus berkembang mampan, menyumbang 8% hingga 9% kepada pertumbuhan ekonomi.