Cari:
Penurunan Defisit Bantu Pembangunan Ekonomi
2018-03-07 12:45:18 CRI Cetak

Penurunan kadar defisit akan memberi ruang kepada pembangunan ekonomi jangka panjang serta kawalan makro yang lebih berkesan.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Kewangan China, Xiao Jie dalam taklimat media persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), di Beijing hari ini.

Menurut beliau, kadar defisit tahun ini lebih rendah berbanding tahun lalu, namun dasar fiskal proaktif tidak berubah.

Defisit yang ditetapkan dalam belanjawan tahun ini mencatat kira-kira RMB2.38 trilion (RM1.5 trilion), skalanya hampir sama dengan tahun lalu.

Turunnya kadar defisit bersesuaian dengan ekonomi China yang semakin stabil serta keadaan kewangan yang bertambah baik.

Menurut beliau, bajet perbelanjaan awam tahun ini mencatat RMB21 trilion (RM13 trilion), meningkat 7.6%, manakala bon kerajaan tempatan RMB1.35 trilion (RM827 bilion), bertambah RMB550 bilion (RM339 bilion). Peruntukan kepada projek infrastruktur pula meningkat RMB30 bilion (RM19 bilion).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China