China akan menubuhkan pusat kerjasama pembiayaan antarabangsa untuk menggalakkan pembangunan "Jalur dan Laluan" (B&R).
Demikian maklum Naib Menteri Kewangan China, Shi Yaobin dalam taklimat media persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), di Beijing hari ini.
Menurut beliau, China menyasarkan untuk membentuk sistem pembiayaan bervariasi yang stabil, konsisten dan risiko terkawal.
China akan terus mendorong rundingan pelbagai hala dan dua hala mengenai tarif serta pembinaan zon perdagangan bebas, di samping menggalakkan kerjasama percukaian antarabangsa.