Kerajaan China akan terus mengurangkan kutipan cukai bagi meringankan beban syarikat dan merangsang kedinamikan pasaran.
Demikian dinyatakan oleh Menteri Kewangan China, Xiao Jie dalam taklimat media persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), di Beijing hari ini.
Kata beliau, kerajaan China akan terus menjalankan pembaharuan terhadap sistem percukaian, termasuk cukai pendapatan individu serta cukai nilai tambah bagi menyokong pembangunan ekonomi sebenar.
Di samping itu, sokongan terhadap perusahaan kecil dan sederhana termasuk mikro akan ditingkatkan dari segi dasar kutipan cukai.
Menurut beliau, jumlah kutipan cukai yang dikurangkan sepanjang tahun ini dijangka melebihi RMB800 bilion (RM494 bilion).