Cari:
Jamuan IWD di Beijing
2018-03-08 12:52:23 CRI Cetak

Jamuan sempena Hari Wanita Antarabangsa (IWD) yang jatuh pada 8 Mac diadakan di Beijing semalam.

Presiden Persekutuan Wanita Seluruh China (ACWF), Shen Yueyue membuka majlis dengan ucapan tahniah kepada kaum wanita seluruh dunia.

Kata beliau, usaha memperjuangkan hak dan kepentingan wanita mencapai kemajuan besar di bawah pimpinan Parti Komunis China (PKC) berteraskan Xi Jinping.

Kaum wanita kini memainkan peranan penting dalam perjuangan mewujudkan impian China.

Kaum wanita di China bersedia bersama-sama wanita dari seluruh dunia menyumbang kepada pembangunan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Majlis itu diserikan dengan kehadiran lebih 1,000 tetamu, antaranya pakar dari pelbagai lapisan masyarakat tempatan, duta asing dan pasangan mereka, diplomat, wakil pertubuhan antarabangsa serta pakar asing yang bekerja di China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China