Jabatan perhutanan China akan mengukuhkan usaha sama dengan negara-negara terlibat dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) untuk membawa kemajuan baharu kerjasama perhutanan antarabangsa.
Timbalan ketua Jabatan Pentadbiran Perhutanan Negara (SFA), Liu Dongsheng menyatakan pihaknya telah menandatangani memorandum kerjasama perhutanan dengan lebih 50 negara, di samping membentuk pelbagai mekanisme kerjasama serantau.
Antara bidang kerjasama yang dijalin, kapasiti pengeluaran antarabangsa selain sains dan teknologi, pendidikan serta penerokaan sumber tenaga.
SFA juga akan meningkatkan sinergi dengan Jabatan Pentadbiran Pelancongan Negara (CNTA) untuk menggalakkan perkongsian pengalaman dengan negara lain melalui Pesta Pelancongan Hutan yang diadakan setahun sekali.