Cari:
Diplomasi China Suntik Semangat Positif
2018-03-08 12:02:09 CRI Cetak

Diplomasi China pada era baharu ini akan menyediakan persekitaran luaran yang lebih kondusif untuk pembangunan sendiri, serta menyuntik semangat positif untuk kemajuan umat manusia.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar China, Wang Yi dalam taklimat media persidangan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-13 pagi tadi.

Beliau berkata tahun 2018 menandakan bermulanya pelaksanaan hasil kongres kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC) tahun lalu. Diplomasi China akan melakar kemajuan lebih besar dengan panduan fikiran Xi Jinping mengenai sosialisme bercirikan China pada era baharu.

Antara tumpuan diplomasi China tahun ini, sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA) di Hainan pada April, sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di Qingdao pada Jun, sidang kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika (CACF) di Beijing pada September, dan Ekspo Import Antarabangsa China di Shanghai pada November.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China