Cari:
AS, DPRK Digesa Segerakan Dialog
2018-03-08 14:10:25 CRI Cetak

AS dan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) digesa mengadakan dialog secepat mungkin.

Gesaan itu dibuat oleh Menteri Luar China, Wang Yi dalam taklimat media persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) di Beijing hari ini.

Kata beliau, interaksi intensif antara DPRK dengan Korea Selatan semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang membantu mencairkan hubungan yang sekian lama beku.

Saranan China agar DPRK membatalkan program nuklear dan peluru berpandu, sementara AS dan Korea Selatan menghentikan latihan ketenteraan bersama berskala besar, syarat asas bagi membolehkan situasi di semenanjung itu dibaiki.

Kedua-dua pihak hendaklah sehaluan untuk membawa isu nuklear Semenanjung Korea ke landasan betul.

China bersedia terus berusaha untuk mendorong penyelesaian isu berkenaan melalui rundingan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China