Cari:
IMF: Tiada Untung Perang Perdagangan
2018-03-08 14:11:11 CRI Cetak

Ekonomi AS akan terkena tempias teruk sekiranya rakan-rakan dagangnya mengambil langkah balas terhadap tarif yang dikenakan terhadap produk besi, keluli dan aluminum.

Demikian dinyatakan oleh Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde dalam temu bual bersama wartawan radio Perancis, RTL semalam.

Beliau menggesa Presiden AS, Donald Trump membatalkan rancangan mengenakan tarif itu.

Kata beliau, tiada pihak yang untung dalam perang perdagangan. Perdagangan global penjana pertumbuhan, inovasi dan daya saing ekonomi. Sebarang ancaman terhadap sektor itu mengundang risiko kepada pembangunan seluruh dunia.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China