China akan terus meningkatkan keterbukaan pasaran kewangannya, kata Gabenor Bank Rakyat China, Zhou Xiaochuan dalam taklimat media persidangan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) di Beijing hari ini.
Kata beliau, fasa pembangunan baharu membolehkan China memperluas akses pasaran.
Naib Gabenor, Yi Gang pula menyatakan, pasaran kewangan yang lebih terbuka bukan bermaksud kawal selia boleh dilonggarkan.
Langkah-langkah memperketat kawal selia kewangan dan membaiki mekanisme sokongan dapat mencegah dan menangani risiko secara berkesan bagi menjamin kestabilan kewangan.