Cari:
AS Umum Tarif Keluli, Aluminium
2018-03-09 14:48:06 CRI Cetak

Presiden AS, Donald Trump semalam mengumumkan tarif akan dikenakan terhadap produk keluli dan aluminium yang diimport, masing-masing 25% dan 10%, berkuat kuasa 15 hari kemudian.

Tindakan AS yang dikatakan amalan perlindungan perdagangan itu menimbulkan bantahan rakan dagangnya, di samping mengundang kekhuatiran pekerjaan domestik akan terjejas.

Trump menyatakan Kanada dan Mexico akan diberi pengecualian buat sementara waktu memandangkan rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) masih berjalan.

Pengecualian serupa mungkin diberi kepada entiti ekonomi lain mengikut keadaan semasa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China