Cari:
Pembangunan Desa Tugas Penting
2018-03-09 14:29:22 CRI Cetak

Pembangunan desa antara agenda utama yang ditetapkan dalam kongres kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC), juga tugas penting bagi menjayakan pembangunan masyarakat kaya dan modenisasi di negara ini.

Demikian dinyatakan oleh Presiden Xi Jinping dalam sesi perbincangan panel bersama wakil Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dari provinsi Shandong semalam.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC berkata, Shandong provinsi yang bergantung pada industri pertanian sejak dahulu hendaklah melaksanakan strategi pembangunan desa dengan bersungguh-sungguh. Perindustrian, tenaga insan, budaya dan ekologi harus menjadi tumpuan.

Strategi pembangunan desa perlu dijalankan secara teratur bagi mencapai matlamat utamanya, iaitu menjaga kepentingan dan meningkatkan pendapatan kaum tani.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China